Sunday, July 15, 2012

Blur??

Aku blur?? mungkin ya..mungkin tidak..aku tidak tau kenapa sejak akhir-akhir ini aku dapat merasakan bahawa antara kami semakin jauh..jauh..dan semakin jauh..Dimanakah silapnya?? Aku tak pasti sama ada ingin mendiamkan diri atau sebaliknya..Perlukah aku berpura-pura tidak tahu apa-apa sedangkan akal dan fikiran aku sentiasa menafikan bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku.  Mungkin tanpa aku sedari atau aku sedang mengetahui semua yang berlaku.  Ya..mungkin dengan erti kata yang lain..aku sedang berpura-pura untuk tidak mengetahui setiap kebenaran yang ada selama ini.  Begitu pahit aku rasakan. Setiap hari, aku mendoakan semoga apa yang aku ada sekarang ini senantiasa diberi perlindungan dan diberkati oleh-Nya.  Kerna, tanpa dia..siapalah aku di muka bumi ini.